Newbie.

0

Posted by NORA BAHARI | Posted in | Posted on 01:36

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Expertise dalam menakluk
setiap jengkal.

Bermula pada itu
dia tidak sesekali lepas.

Baru kamu tahu,
kadangkala manusia diam itu
isinya bagus.


*********************************************************************

Titik Buta.

0

Posted by NORA BAHARI | Posted in | Posted on 23:30

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful




Segala apa yang kau lecakkan pada wajah aku
dari sifat antagonis busuk kau
walau kau cuba bermoral manis didepan
tapi aku masih terbau hanyir.

Tidak perlu aku melantang suara
kata caci tuju menuju
bermasam wajah menatap perilaku kau.

Lantas aku pagar dan kunci ketat setiap kata
membentuk titik buta dalam hati dan deria lihat aku
segalanya tentang yang bernama kau.

Ini bukan kata untuk dibenci
cuma terasa kau tak penting
sebab aku tak mahu diberat dosa
menyimpan dendam.


nora bahari
melaka.

Misterius for pre 2years love.

2

Posted by NORA BAHARI | Posted in , | Posted on 00:28

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Bila-bila masa saja
hati ini
akan meletup
terlalu rindukan kamu.

Jadi
aku sering wujudkan
satu imaginasi
untuk bertemu
hanya cuma kamu dan aku sedar.

Dan esok awal pagi
jangan bilang kamu tak dengar
kerna sepanjang malam
senyap-senyap aku datang
nyanyikan untuk kamu
tika kamu lena tidur.

Oh,
semalam juga
kamu tidur
diatas lengan aku.

Semua itu
dalam imaginasi aku
tapi aku mahu kamu tahu.

Misterius bukan?

Atau cinta aku buat kamu takut?



nora bahari
melaka

Skirt Merah Kembang.

2

Posted by NORA BAHARI | Posted in | Posted on 00:29

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Si kenit perempuan
zaman anak-anak berskirt merah kembang
berjalan iring dengan teddy ditangan
gemarnya gula-gula kapas merah jambu
tapi dalam hatinya lebih gemar pada seorang teman
katanya lebih manis dari gula-gula kapas merah jambu.

Temannya seorang anak lelaki
berambut jambul berminyak
berseluar khaki
berkemeja petak-petak
lilit pinggang yang amat kemas
tapi tangannya penuh kudis
kakinya penuh parut nakal.

Hingga satu masa
ditempat mereka selalu ketemu
bermain tikam-tikam guli
temannya datang dengan sedan-sedan tak henti
bila malu dengan keadaan diri
kerna kudis ditangan dipandang keji.

Si kenit perempan berskirt merah kembang turut simpati
mahu saja dia bertukar menjadi seorang anak lelaki
berbadan bulat berambut botak
menumbuk siapa-siapa yang berani mengeji.
seperti dalam tv.

Tapi apa yang pasti
dia cuma seorang si kenit perempuan berskirt merah kembang
yang akhirnya turut juga sedan-sedan bersama temannya
menangisi kelemahan diri.



nora bahari
melaka
1:17pagi